HoSZA

JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) menawarkan rawatan kepakaran, penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan yang optimum kepada wanita untuk melahirkan generasi dan keluarga yang sihat.

Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi merupakan salah sebuah jabatan di bawah organisasi perkhidmatan klinikal hospital. Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (klinikal) dan diketuai oleh Ketua Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pesakit dalam (inpatient), pesakit luar (outpatient), Dewan Bersalin, bilik Pre-Eklampsia dan pusat kemasukkan Obstetrik dan Ginekologi (OGAC). Dalam Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi terdapat Wad Obstetrik Dan Ginekologi yang mempunyai 25 katil, Klinik Pakar Obstetrik Dan Ginekologi mempunyai 6 buah bilik konsultasi manakala Dewan Bersalin mempunyai 10 bilik dan 2 bilik Pre- Eklampsia dan pusat kemasukan Obstetrik Dan Ginekologi terdapat 1 bilik bersalin kecemasan dan 3 katil pemeriksaan pesakit.